logo blog

widget

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SM Faliq Dan Chryseis Tan Berkahwin Gabungan Pewaris Empayar Perniagaan Terbesar

SM Faliq Dan Chryseis Tan Berkahwin Gabungan Pewaris Empayar Perniagaan Terbesar

SM Faliq Dan Chryseis Tan Berkahwin Gabungan Pewaris Empayar Perniagaan Terbesar. Alhamdulillah. Berita baik dan menggembirakan. Kami kongsikan kisahnya sebagai sebuah cerita yang bahagia. Semoga kita juga mendapatkan kebahagiaan seperti itu.

KUALA LUMPUR - Pewaris empayar perniagaan terbesar di negara ini, SM Faliq Nasimuddin dan Chryseis Tan hari ini selamat diijab kabul sekali gus menamatkan teka-teki kisah percintaan mereka yang tular di media sosial sejak tahun lepas.

SM Faliq Dan Chryseis Tan Berkahwin Gabungan Pewaris Empayar Perniagaan Terbesar
Gambar kredit : Beautifulnara

Faliq merupakan anak keempat kepada pengasas Naza Group, Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin manakala Chryseis pula anak kepada Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun yang merupakan pengasas Berjaya Group, selamat disatukan dalam sebuah majlis tertutup di resort The Chateau, Bukit Tinggi di Bentong, Pahang.

Menurut laporan akhbar Kosmo online, pasangan sepadan yang dikatakan mula berkawan ketika belajar di sebuah sekolah antarabangsa itu dilaporkan bertunang pada 2 Julai lepas apabila jejaka berusia 33 tahun itu melamar Chryseis, 30, ketika mereka berdua bercuti di Marrakesh.

Menerusi foto sekitar majlis akad nikah yang dimuat naik adik perempuan Faliq, Nur Nadia menerusi Instagram miliknya, pasangan sama cantik sama padan itu bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dengan mas kahwin berjumlah RM1,000.

Sementara itu, abang kepada Faliq, Datuk SM Faisal menerusi 'posting' di laman sosial Instagramnya bersyukur dan mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin baharu itu.

"Alhamdulillah, keluarga semakin besar," kata SM Faisal.


Foto tersebut turut mendapat hampir 8,000 'like' selepas tiga jam dimuat naik serta dihujani dengan ribuan ucapan tahniah daripada pengikut Instagram SM Faisal kepada pasangan mempelai Faliq dan Chryseis.

Antaranya @yasminimineymoore berkata "Alhamdulillah, Selamat Pengantin Baru to the lovebirds", @feroza_cthawa85 pula berkata "Alhamdulillah dan selamat pengantin baru SM Faliq dan isteri Chrystan, semoga ikatan cinta suci kalian ini akan terus kuat hingga ke akhirnya. Amin" manakala @kamariahazizan pula seakan berseloroh dengan ucapannya iaitu "Tahniah Faliq (amp) wife. FaisalNasimuddin next will be you right".

Faliq merupakan Naib Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Naza TTDI Sdn. Bhd sementara Chryseis yang berkelulusan Ijazah Seni Liberal Kajian Antarabangsa di Universiti Waseda, Tokyo merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Times Square.

Bapa Faliq, SM Nasimuddin menubuhkan Naza Group pada tahun 80-an dan menyumbang kepada pembangunan sektor automotif, pembinaan serta hartanah negara. Bapa Chryseis, Vincent Tan pula merupakan jutawan terkenal yang menubuhkan pelbagai jenis perniagaan menerusi empayar Berjaya Group. - Bernama

Mungkinkah selepas ini giliran abang long mereka iaitu Dato' SM Faisal pula yang berkahwin semula? Semoga semuanya dipermudahkan dan doakan terbaik buat mereka.

~ OrangKita

Share this:

Enter your email address to get update from Kompi Ajaib.
Next
This Is The Current Newest Page
Previous
Previous Post »

No comments

Please comment with courtesy..